Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Februari 2014

Lelaki bogel mengamuk di Jalanan

27 Mac 2013


 Lelaki bogel diamankan polis  

(news.com.au) Victoria - Seorang lelaki bogel mengamuk di jalanan Dandenong, Victoria, Australia. Lelaki ini mengganggu warga dan arus lalu lintas setempat, bahkan sempat menonjok beberapa pejalan kaki.

Seperti dilansir The Herald Sun, Rabu (27/3/2013), keberadaan lelakii ini sangat mengganggu orang-orang, yang pada Jumaat (22/3) lalu, sedang asyik makan siang. Kawasan Dandenong memang dikenal sebagai kawasan bisnes yang ramai pegawai pejabat ketika jam makan tengahari

Keberadaan lelaki ini terakam kamera,  polis  setempat yang berusaha keras mengamankan lelaki berjanggot dan berambut gondrong ini. Dalam rakaman video tersebut, terlihat lelaki ini berjalan seorang diri dari stesyen Dandenong menuju ke pusat kota.

Kemudian seorang petugas polis  berusaha melumpuhkan-nya dengan menggunakan pepper spray maupun pentungan. Namun usaha polis  tersebut sia-sia. Lelaki ini bahkan sempat hendak menonjok si polis .

Seorang warga setempat, Steve Rawson menyaksikan langsung perangai lelaki tersebut. Menurut Rawson, lelaki itu tersebut tampak seperti kebal rasa sakit kerana tetap biasa saja meski dipukul  polis  dengan pentungan dan disembur pepper spray.

"Dia menonjok sejumlah orang di dekat lampu lalu lintas dan kemudian menonjok sejumlah orang yang lalu lalang, tepat di bahagian wajahnya, hingga polis  datang," tuturnya.

"Luar biasa. lelaki  ini susah dilumpuhkan. Mereka (polis -red) bahkan sampai menyemburkan satu bekas penuh pepper spray ke wajahnya dan hanya menjadi busa di wajahnya, dan dia sama sekali tidak merasakan apa-apa. Dia terus saja berjalan," imbuh Rawson.

Hingga akhirnya datanglah polis  tambahan ke lokasi. Terlihat ada 3 polis  dengan badan tinggi besar berusaha mengamankan dia. Sambil terus dipukul  dengan cota, akhirnya lelaki ini bertinjauan diamankan.

Lelaki yang diketahui berusia 43 tahun kemudian dibawa ke rumah sakit setempat untuk menjalani pemeriksaan medis.

Sekretaris Asosiasi Polis  setempat, Sersan Senior Greg Davies mengomentari insiden ini. Menurutnya, terlihat dalam video betapa beratnya tugas seorang polis  dan bahawa pepper spray tidak selamanya efektif.
   detikNews

Sabtu, 28 Desember 2013

Jimat belanja Lelaki Ini nikahi 4 Wanita Sekaligus

Isnin, 26 November 2012 
Foto: Googleimages
Foto: Googleimages
CAPE TOWN – Seorang pengusaha kaya di Afrika Selatan menikahi empat wanita sekaligus. Hal tersebut dilakukannya untuk menghemat belanja pernikahan yang harus dikeluarkannya apabila ia menikahi perempuan itu satu persatu.

“Saya tidak tahu secara pasti berapa biaya yang harus saya keluarkan apabila saya harus mengadakan empat pesta pernikahan. Tapi saya kira mengadakannya secara sekaligus pasti jauh lebih murah," ujar sang pengantin lelaki, Milton Mbele, seperti dikutip BBC,  pada 25/11/2012 .

“Dengan cara ini saya hanya perlu menyewa satu tender nikah, memesan satu perusahaan katering dan juga menggunakan hanya satu fotografer untuk pernikahan saya," tambahnya.

Lelaki yang berusia 44 tahun itu mengatakan, dia telah menabung untuk belanja pernikahan “massal” itu sejak tahun 2007 lalu. Persiapan acara pernikahannya sendiri dilakukan Mbele sejak awal tahun ini.

Dilaporkan tindakan Mbele tersebut melanggar semua peraturan adat yang ada di Afrika Selatan mengenai praktik poligami. Tradisi di Afrika Selatan memperbolehkan poligami, namun tidak secara bersamaan seperti yang dilakukan oleh Mbele.

Mbele sendiri mengaku bahawa dia mencintai semua isteri yang baru saja dinikahinya itu. Pengusaha itu memasang empat cincin pernikahan di jari-jarinya, bagi Mbele cincin tersebut adalah bukti komitmennya terhadap keempat isterinya. Dia juga berjanji akan memperlakukan isteri-isterinya secara adil.(faj)

Jumat, 20 Desember 2013

Dua Lelaki Maut Dua Lagi Parah Ditembak Di Bukit Tambun

Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun malam tadi.
Kedua-dua lelaki itu mati ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya dan hasil siasatan awal polis mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata keempat-empat lelaki itu ditembak selepas pulang daripada majlis perkahwinan saudara mereka di sebuah dewan kira-kira 150 meter dari tempat kejadian.
“Mereka yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux datang dari Melaka. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat itu kira-kira pukul 10.30 malam, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan mereka dan melepaskan beberapa das tembakan dari arah kiri ke kanan,” katanya.
Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian awal pagi ini, Abdul Rahim berkata mereka yang ditembak itu berusia antara 28 dan 60 tahun.
“Dua lelaki yang mati itu berusia 28 dan 40 tahun manakala dua yang cedera parah kini dirawat di Hospital Seberang Jaya,” katanya.
Abdul Rahim berkata polis menemui empat kelongsong peluru di tempat kejadian dan percaya suspek menggunakan pistol jenis automatik.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan perniagaan.
“Saya meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. sumber