Sabtu, 28 Desember 2013

Nor Fazira Saad Budak Umur 13 Tahun Kahwin Cerai Talak Tiga




Nor Fazira Saad budak umur 13 tahun kahwin sudah cerai talak tiga dengan pasangannya Mohd Fahmi Alias yang kini berusia 20 tahun. Terdahulu, pasangan ini pernah menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia yang muda pada 17 November 2012 lalu. Namun pasangan ini sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila diumumkan sudah bercerai pada 11 November 2013 di Makhamah Syariah Kulim beberapa hari sebelum menjelang ulang tahun perkahwinan mereka.

budak 13 tahun

Perceraian pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20 turut disahkan oleh Saad Mustafa, bapa kepada Nor Fazira Saad. Punca percerian itu dikenalpasti sebagai masalah rumah tangga yang tidak dapat diselamatkan. Menurut bapanya lagi, dia redha dengan keputusan tersebut dan menganggap anaknya tiada jodoh.

Gambar Perkahwinan Nor Fazira dan Mohd Fahmi 17 November 2012

Fakta: Pasangan ini telah nikah pada 17 November 2012 dan bercerai pada 11 November 2013.

gambar kahwin1 
kahwin 2

Kronologi Kisah Perceraian Nor Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Alias

1. Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

2. Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

3. Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

4. Pasangan ini menggemparkan Malaysia apabila disahkan bercerai pada 11 November 2013.


Sumber



0 komentar:

Posting Komentar